Sunday, November 6, 2016

Serat Rambut Toppik: Cara Termudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Saat!




Serat Rambut Toppik: Cara Termudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Saat!

Masalah rambut gugur? Sering dihantui oleh masalah rambut gugur yang secara langsung mengakibatkan rupa dan imej anda kelihatan lebih tua dan tak bermaya? Rambut gugur memang penyakit serius zaman sekarang dan boleh menyebabkan seseorang kekurangan keyakinan diri dan tidak dapat bersosial secara normal di kalangan masyarakat. Tetapi usah risau dah sekarang, Toppik serat rambut boleh bantu anda mengatasi masalah rambut gugur dalam masa 30 saat !

Global hair solution ( Toppik Malaysia) , pengedar eksklusif produk serat rambut toppik dari amerika ada penyelesaian yang unik, mudah, murah, dan tiada kesan sampingan!

Inilah antara kebaikan produk terlaris daripada Toppik Malaysia yang paling disenangi oleh pengguna. Serat rambut Toppik berkesan menutup cela pada rambut yang nipis akibat keguguran, lalu menjadikan rambut tampil lebih lebat, sihat, dan bermaya. Istimewanya, semua ini dapat dihasilkan sendiri di rumah dalam masa 30 saat sahaja!

Bagaimana Serat Rambut Toppik Berfungsi?

Toppik menggunakan teknologi keratin di mana ia menghasilkan gentian yang akan bertindak serta-merta ke atas rambut anda apabila disemburkan. Gentian serat rambut ini akan melekat pada rambut asal anda untuk menjadikan rambut nampak lebih lebat sekaligus menutupi kawasan rambut nipis atau botak.




Secara ringkasnya, keseluruhan konsep produk berteknologi ini boleh diibaratkan seperti alat solek atau bedak ‘concealer’ yang mampu menutupi cela pada wajah anda apabila dipakai serta merta.

Apakah Bahan Asas Yang Digunakan Untuk Membuat Serat Rambut Ini?

Serat Rambut Toppik dihasilkan daripada bahan semulajadi menggunakan benang bulu biri-biri yang biasanya digunakan dalam pembuatan kain atau fabrik. Benang-benang ini diproses dengan teliti sehingga kelihatan seperti rambut sebenar yang kukuh tetapi cukup lembut!

Benang-benang halus tersebut terdapat dalam 4 jenis ketebalan, iaitu 3g, 12g, 27.5g and 55g. Selain itu, ada 12 rona warna yang berbeza, boleh dipilih mengikut keserasian warna rambut asal anda! Antara rona warna yang paling popular ialah hitam dan coklat gelap.

Berapa Lamakah Serat Rambut Ini Akan Kekal?

Gentian serat rambut ini sebenarnya mengandungi caj-caj elektrostatik yang menjadikannya berpegang kukuh pada rambut asal anda. Oleh itu, ia tidak akan tertanggal apabila anda melakukan aktiviti harian walaupun aktiviti lasak seperti bersenam, berjogging, atau kerja-kerja luar. Ia tidak melekat pada baju atau bantal apabila anda berbaring.

Malah, ianya tidak terjejas dengan peluh dan angin kencang, amat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Strukturnya sangat halus dan tiada sesiapa akan dapat membezakannya dengan rambut sebenar!

Sebenarnya, serat rambut ini mampu bertahan selama 7 hari jika anda tidak mensyampu rambut! Walaubagaimanapun, ramai yang lebih selesa menggantikannya dalam masa sehari dua kerana ini dapat menjamin kebersihan dan keselesaan pengguna.

Adakah Ia Sesuai Digunakan Untuk Semua Peringkat Umur?

Sudah tentu! Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Toppik Malaysia menggunakan bahan semulajadi dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah nombor pendaftaran NOT150302965K.

Prosedur pemakaiannya yang ringkas mampu melegakan segala kerisauan anda dalam melawan masalah rambut gugur dan kebotakan. Serat rambut ini juga sesuai dipakai secara santai oleh sesiapa sahaja untuk menyerlahkan lagi penampilan di hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan, makan malam romantis, atau majlis-majlis rasmi.

Malah, penggunaannya secara kerap juga tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Ianya mudah dan boleh digunakan setiap hari, sama seperti menggunakan produk rambut biasa!

Harga Mampu Milik Dan Berkesan!

Tahukah anda, proses rawatan rambut seperti ‘hair transplant’ sangat mahal dan harganya mampu mencecah 10 ribu ringgit! Prosesnya sebegitu juga selalunya agak rumit dan kadangkala mampu mendatangkan kesan sampingan.

Maka, anda tidak sepatutnya mensia-siakan teknologi yang dirumus khas dalam serat rambut Toppik kerana ia dijamin memberikan alternatif yang lebih mudah, selamat, serta hasil seakan-akan rambut sebenar. Yang penting, harganya sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua generasi.

Boleh Digunakan Bersama Produk Rawatan Rambut Pilihan Anda

Jika anda sedang menjalani rawatan rambut gugur dengan rangkaian produk seperti Rogaine minoxidil dan pil-pil tambahan seperti Propecia, usah risau kerana produk ini boleh digunakan bersama serat rambut Toppik.

Anda juga boleh menggunakan apa-apa produk yang biasa anda gunakan setiap hari bersama serat rambut Toppik. Caranya, gunakan minyak rambut, atau serum rambut pilihan anda dan tunggu sebentar supaya rambut anda tidak terlalu basah sebelum menggunakan penyembur serat rambut Toppik.

Keadaan kering akan dapat memaksimakan kesan elektrostatik pada gentian serat rambut tersebut, menjadikannya terlekat kukuh pada rambut asal anda.



Tak Perlu Tunggu Lagi, Keajaiban Telah Terbukti!

Macam tak percaya, hanya dalam 30 saat anda mampu melakukan rawatan rambut sendiri di rumah dan tampil yakin serta-merta! Hasilnya, lebih banyak jenis stail rambut yang mampu digayakan dengan rambut yang lebat dan bermaya.

Rujuk laman web rasmi kami untuk lebih kejaiban melalui testimoni daripada pengguna seluruh dunia. Belian secara online boleh dibuat di laman web www.toppikmalaysia.com serta daripada agen-agen kami di seluruh Malaysia. Klik sekarang untuk penghantaran terus ke rumah anda.

Toppik Malaysia ialah pengedar rasmi jenama Toppik yang diasaskan di Amerika Syarikat dan produk ini telah digunapakai oleh ratusan ribu pengguna di seluruh dunia.





No comments:

Post a Comment